Hot !

Op Noda: Cubaan GRO Lari Pintu Belakang Gagal





 

KUALA LUMPUR, 1 Mac:- Dalam serbuan kira-kira jam 1.15 pagi itu, seramai 89 warga asing dari Thailand dan Laos berusia 22 hingga 40 tahun ditahan dan pemeriksaan mendapati, tiga premis tidak mempunyai lesen perniagaan dan dipercayai aktif dalam aktiviti pelacuran membabitkan warga asing untuk tujuan eksploitasi seks.

Tindakan pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang cuba melarikan diri melalui pintu belakang premis hiburan gagal, apabila ditahan dalam Operasi Noda yang dijalankan awal pagi tadi.

Dalam serbuan kira-kira jam 1.15 pagi itu, empat premis di sebuah pusat beli-belah di The Scott Garden diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang diketuai Superintenden Razali Abu Samah bersama 35 anggota.

Jurucakap polis berkata, hasil pemeriksaan mendapati, tiga premis tidak mempunyai lesen perniagaan dan dipercayai aktif dalam aktiviti pelacuran membabitkan warga asing untuk tujuan eksploitasi seks.

Menurutnya, seramai 89 warga asing dari Thailand dan Laos yang berusia 22 hingga 40 tahun, ditahan dalam serbuan itu.

“Tiga lelaki berusia 30 hingga 40 tahun ditahan, dipercayai pengurus premis dan penjaga kepada GRO ini.

“Siasatan awal mendapati, semua premis telah beroperasi antara dua hingga tiga tahun serta menjalankan aktiviti pelacuran di dalam pusat hiburan ini,” katanya.

Katanya, pihaknya turut merampas beberapa peralatan audio visual dan wang tunai berjumlah RM3,630.

Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk siasatan lanjut dan dibebaskan selepas selesai proses dokumentasi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 55B dan Seksyen 6(1)C Akta Imigresen serta Seksyen 39B Peraturan Imigresen.

Sumber

0 Response to "Op Noda: Cubaan GRO Lari Pintu Belakang Gagal"

Post a Comment