
Kisah
ini petik dari sebuah majalah mengenai pengalaman ngeri gara-gara ingin memiliki
ilmu kebal, seorang lelaki nyaris maut apabila ditanam hidup-hidup di dalam
liang lahad berhampiran rumahnya. Jom kita baca kisah beliau
seterusnya.
Kejadian ini berlaku di Dusun
Damarsih, Desa Tanjung Anyar, Kecamatan Mojoanyar, Indonesia disedari oleh
jiran-jirannya yang mendengar bunyi suara minta tolong dari sebuah tanah kubur
yang baru ditimbus.
Lelaki yang dikenali sebagai
Supriyanto, 34, kemudiannya dikejarkan ke Rumah Sakit Umum Kota Mojokerto untuk
mendapatkan rawatan. Ketika ditemui, Supriyanto dalam keadaan lemah lesu memakai
kain kapan seperti jenazah. Hampir dua hari dia tertanam di dalam liang lahad
tanpa pernafasan yang cukup.
Dr Wahidin Sudiro Husodo, 45, yang merawat
Supriyanto berkata sekira lambat menyelamatkannya keluar dari liang lahad itu,
dia pasti mati kelemasan. Mujurlah ada jiran-jirannya yang perasan perkara itu
dan segera mengeluarkan mayat Supriyanto dari kubur itu. Ketika dikeluarkan dia
dalam keadaan lesu,katanya kepada sekumpulan wartawan. Menurut Dr Wahidin,
sewaktu dibawa ke hospital, Supriyanto dalam keadaan lemah dan
kritikal.
Mujurlah dia dapat diselamatkan walaupun terpaksa mengambil
masa yang lama. Menceritakan kejadian itu, Ketua Kampung Mojoanyar, Sukarni
Jafar,53, berkata dia didatangi beberapa orang penduduk kampong mengadu
terdengar bunyi suara dari lubang kubur baru yang ditimbus. Kedudukan kubur
terletak 500 meter dari rumah penduduk kampong. Mereka terkejut melihat tanah
yang masih baru ditimbus bergerak seperti ada sesuatu di dalamnya.
“Saya
bersama beberapa penduduk kampong segera pergi ke tempat itu terkejut melihat
satu lubang kecil di atas kubur itu. Saya mendengar suara seperti orang minta
tolong,”ujarnya. Sukarni mengarahkan mereka menggali kubur itu. Mereka terkejut
melihat sesusuk tubuh manusia berkain kapan masih bernyawa.
“Apa yang
mengejutkan kami, mayat itu bergerak-gerak lemah dan bersuara seperti meminta
tolong. Wlaupun ramai yang takut mendekatinya saya minta mereka bantu untuk
mengangkatnya keluar dan liang lahad itu. Menurut sukarni, dia terkejut apabila
lelaki yang dibalut kain kapan itu adalah salah seorang penduduk desa itu dan
dia sendiri mengenali lelaki tersebut.
“Saya percaya Supriyanto sedang
melakukan satu ritual yang membuatkan dia sanggup berdepan dengan risiko
kematian. Sekali lihat mungkin dia sedang bertapa di dalam kubur untuk tujuan
mengamalkan ilmu kebatinan atau pengasih. Sunadi jiaran terdekatnya mengakui
Supriyanto seorang pemuda yang pendiam dan kurang bergaul dengan masyarakat
setempat biarpun dia mempunyai ramai kawan.
Suprinyanto tinggal bersama
keluarganya. Dia merupakan anak tunggal dalam keluarga itu dan bekerja sendiri
membantu keluarganya bertani di ladang. Ada juga mengatakan Supriyanto
menghadapi masalah mental namun dinafikan keluarganya. Dia tidak menghadapi
masalah dengan penduduk setempatnya. Sebelum ini ramai penduduk desa melihat
Supriyanto berulang alik ke kampong seberang dan kadang-kadang dia kerap masuk
ke hutan berhampiran bersendirian dan pulang beberapa hari
kemudiannya.
Pun begitu penduduk desa terutama jiran terdekatnya tidak
mensyaki sesuatu yang luar biasa. Ini kerana masa Supriyanto banyak dihabiskan
di ladang keluarganya dan selebihnya bersendirian di rumahnya. Tidak ramai yang
mengetahui aktivitinya ke kampong seberang begitu juga keluar masuk hutan. Malah
ibubapanya sangat hairan melihat perubahan Supriyanto. Ayahnya,Tajib,50,
mengakui sejak kebelakangan ini anaknya agak berlainan. Dia lebih suka berdiam
diri dan berkurung di dalam bilik.
Saya sendiri tak tahu apa yang dibuat
di dalam bilik. Saya hairan melihat perubahannya. Dia juga kurang bercakap
seperti sebelumnya. Ujar Tajib. Beberapa hari selepas Supriyanto dirawat di
hospital, beberapa wartawan sempat menemubualnya untuk mengetahui kejadian
itu.
Kata Supriyanto : dia mengamalkan ilmu kebatinan yang dipelajarinya
dari seorang guru silat. Dia diminta untuk bertapa di dalam liang lahad selama
tiga hari bagi memastikan badanya menjadi kebal dan mempunyai beberapa istimewa
dalam ilmu kebatinan. Saya cuba melakukan ritual itu untuk mneguji sejauh mana
keyakinan diri dan keberanian saya. Semasa saya dalam liang lahad di malam
pertama, saya terdengar pelbagai bunyi yang paling menakutkan.
Ada suara
menyuruh saya bunuh diri da nada juga suara yang meminta saya segera minta
keampunan. Saya tak tahu suara itu siapa dan dari mana. Saya juga mendengar
bunyi orang menjerit seperti kesakitan, menangis dan macam-macam lagi yang
sangat tragis. Pada hari berikutnya, saya mula rasa lapar dan sangat dahaga.
Sepanjang berada di dalam liang lahad, saya diminta membaca beberapa mentera
sebagai syarat bertapa untuk membolehkan saya lulus dalam
ujian.
Bagaimanapun hari kedua saya tidak dapat bertahan kerana badan
semakin lemah dan lesu dan ruang udara dalam kubur semakin tertutup. Ketika itu
saya sudah putus harapan dan tidak tahu hendak buat apa. Penafasan semakin
terganggu dan badan semakin lemah. Saya cuba menjerit sekuat-kuat tetapi tidak
Berjaya. Dalam keadaan terdesak itu baru saya teringat Allah SWT dan meminta
pertolongannya supaya diselamatkan dan saya sangat menyesali apa yang saya
lakukan ini.
Bagaimanapun, nasib menyebelahi saya kerana suara jeritannya
itu tadi dapat didengari oleh beberapa penduduk kampong yang melintas di kawasan
itu. Saya amat bersyukur kepada Allah SWT dan lega sebaik sahaja diselamatkan
penduduk kampong. Katanya, selepas peristiwa itu Supriyanto tidak mahu lagi
meneruskan amalan ritual kebatinan.
Apa guna orang kuat kalau nyawa
sendiri hamper melayang. Eloklah saya beramal cara yang betul dengan mentaati
perintah Allah SWT, ujarnya. Ditanya bagaimana dia menimbus dirinya sendiri
semasa berada di dalam liang lahad, kata Supriyanto semua itu kerja dilakukan
oleh rakan-rakannya yang sama mempelajari ilmu kebatinan. Selepas menimbus liang
lahad mereka meninggalkan Supriyanto dan akan datang semula pada hari ketiga
untuk mengeluarkannya semula dari situ.
Sumber
0 Response to "MESTI BACA! Kisah Benar Pengalaman Ditimbus 48 Jam Dalam Kubur"
Post a Comment