Hot !

Maybank Jangka Pertumbuhan Pembiayaan PKS Runcit






Muzaffar (kanan) bersama Ketua Perbankan PKS Maybank, Mohd Zaini Aris (kiri) dan Ketua Pengedaran Komuniti Maybank, Datuk Mohd Hanif Suadi.

MAYBANK yakin pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) runcit bagi 2015 akan mencatatkan pertumbuhan selepas merekodkan kenaikan kukuh 43 peratus kepada RM7.5 bilion pada 2014.

Ketua Perbankan Islam Kumpulan Maybank, Muzaffar Hisham berkata pada 31 Disember 2014, perniagaan perbankannya berkembang 6.5 peratus manakala penguasaan pasaran kumpulan dalam industri berkembang kepada 20.4 peratus.

Bagi pembiayaan Islam PKS, kami mencatatkan perkembangan kukuh dengan 77 peratus kepada RM3.4 bilion tahun lalu.

Oleh itu, kepentingan PKS dalam komuniti tempatan dan sumbangan ekonominya kepada negara tidak boleh dipandang rendah kerana kemampuan mereka berkembang menguatkan potensi masa depan pekerjaan, pertumbuhan dan kemakmuran, katanya dalam satu kenyataan media, baru-baru ini.

Pada 2014, Maybank melancarkan beberapa produk PKS bagi menyokong usaha kerajaan dalam mempromosi dan melonjak PKS yang diiktiraf sebagai segmen utama menyumbang kepada pertumbuhan negara.

Antaranya adalah kerjasama dengan Perbadanan Jaminan Kredit (CGC) serta komitmen pembiayaan jaminan portfolio (PG) PKS RM1 bilion bersama Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Ecer) untuk melancarkan skim keusahawanan.

Pembiayaan PG telah dimanfaatkan sepenuhnya 2,133 usahawan PKS yang mana 56 peratus daripadanya adalah Bumiputera dengan 31 peratus pengeluaran dalam bentuk pembiayaan Islam,? katanya.

Selain itu, Maybank Islamic turut bekerjasama dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera bagi menyediakan dana RM600 juta untuk PKS Bumiputera berprestasi tinggi.


Sumber

Related Posts :

0 Response to "Maybank Jangka Pertumbuhan Pembiayaan PKS Runcit"

Post a Comment