
LONDON
– Seorang pensyarah memfailkan saman ke atas bekas isterinya sebanyak £83,500
(RM462,772) kerana mendakwa wanita berkenaan menggunakan sperma orang lain
semasa melakukan persenyawaan tabung uji (IVF).
Kes
tersebut merupakan yang pertama membabitkan penipuan IVF di Britain.
Plaintif
menyedari dia ditipu selepas mendapati anak yang disangka miliknya mempunyai
wajah seiras teman lelaki kepada bekas isterinya itu.
“Keraguan
plaintif ternyata benar selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan
tuduhan itu,” kata satu sumber.
Ahli
akademik berusia 60 tahun itu memfailkan saman di mahkamah tinggi di sini untuk
menuntut wang kerosakan di bawah kesalahan kenyataan palsu yang disengajakan
selain pemulangan bayaran penyelenggaraan dan faedah.
Tujuh
bulan selepas bersalin, pasangan itu bercerai pada tahun 2007 dan berkongsi hak
penjagaan anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.
Pasangan
yang berkahwin pada tahun 2002 itu pada mulanya melakukan IVF di sebuah klinik
pada 2004 tetapi gagal.
Selepas
percubaan pertama itu, bekas isteri berusia 53 tahun tersebut dipercayai pergi
ke sebuah klinik di Sepanyol bersama kekasihnya yang berpura-pura menjadi suami
dan mendermakan sperma untuk ujian sama.
Bagaimanapun,
bekas isterinya tidak mengaku salah, malah menuduh pihak hospital telah
melakukan kesilapan dengan mencampur sperma orang lain.
“Adalah
sesuatu yang mustahil bagi klinik mencampurkan sperma. Ini memang satu kes yang
pelik,” kata pensyarah kesuburan di Universiti Sheffield, Prof. Allan Pacey. –
Agensi
Sumber
0 Response to "Isteri Guna Sperma Orang Lain Disaman?"
Post a Comment