GEORGETOWN - Seorang peniaga barangan eletrik bertindak menghalang tiga
anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) daripada
menjalankan tugas kerana tidak dapat menerima hakikat keretanya ditunda, hari
ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.24 tengah hari itu, pemandu trak tunda MPPP bersama dua orang pegawai penguat kuasa MPPP menunda kereta jenis Satria milik suspek dekat perhentian bas di Jalan Chulia, di sini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.24 tengah hari itu, pemandu trak tunda MPPP bersama dua orang pegawai penguat kuasa MPPP menunda kereta jenis Satria milik suspek dekat perhentian bas di Jalan Chulia, di sini.

Kereta yang ditunda penguatkuasa MPPP. - Foto Sinar Harian
Menurutnya, semasa pemandu trak MPPP duduk di bahagian pemandu, tiba-tiba datang suspek dan membuka pintu trak lalu mengambil kunci trak.
"Pemandu trak MPPP terus turun dari trak dan lalu suspek dipercayai terus menumbuk muka pemandu bertubi-tubi.
"Berdasarkan laporan pemandu trak, dia terpaksa membalas dengan menumbuk sekali di bahagian rusuk suspek untuk mempertahankan diri dan menyebabkan suspek terjatuh di atas jalan dan kepalanya berdarah. Manakala, dua penguat kuasa MPPP bertugas, yang berada di situ meleraikan pergelutan itu antara suspek," katanya.
Dalam pada itu, Mior Faridalatrash suspek juga membuat laporan di Balai Central bahawa dia dipukul oleh tiga penguat kuasa MPPP sehingga dia terjatuh.
"Suspek mengadu dia dipukul sehingga mengalami kecederaan di kening sebelah kiri dan calar sikit di leher dan calar sikit dilutut," katanya.
Justeru itu, beliau berkata suspek bagi kes itu akan ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
0 Response to "Berang Kereta Ditunda MPPP"
Post a Comment