
Penjagaan
rutin ini dikatakan penting bagi mengelakkan wajah daripada berhadapan masalah
kulit seperti berminyak, kulit kering dan berjerawat.
Dalam
pada itu, seorang wanita yang dikenali sebagai Erica telah melakukan eksperimen
terhadap kulit wajahnya sendiri dengan berhenti menggunakan mana-mana pencuci
muka selama sebulan.
Apa
yang berlaku, perubahan pada kulit wajahnya sangat mengejutkan!
Kulit
wajahnya semakin cerah, tidak lagi berminyak dan nampak segar hinggakan ramai
rakan-rakan menyedari perubahan tersebut.
Bercerita
lanjut tentang ekperimen yang dilakukannya, Erica mendakwa dia hanya menggunakan
tuala muka yang dibasahkan dengan air manakala pada waktu malam seperti biasa
dia hanya menggunakan krim pelembab.
Hasilnya,
wajah Erica tidak dibelenggu masalah kemerah-merahan.
Bagi
Erica, kini dia tidak lagi memerlukan set penjagaan wajah termasuk pencuci muka,
toner, dan ubat jerawat yang sebenarnya tidak bagus malah boleh memberi kesan
sebaliknya terhadap kulit.
Sebelum
ini, penyanyi popular Lady Gaga dan Salma Hayek juga pernah mendedahkan rahsia
kecantikan mereka yang tidak menggunakan apa-apa produk pencuci muka.
Sumber
jimat wang pokit...
ReplyDelete