Hot !

3 Maut Kereta Terbabas & Terhumban Ke Sungai


KENINGAU – Tiga lelaki maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum terhumban ke dalam sungai di Jalan Tenom-Keningau dekat Kampung Sinagang, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat pelbagai kecederaan, selain tersepit pada kenderaan mereka.

Difahamkan, ketika kejadian, pemandu kenderaan itu hilang kawalan sebelum kenderaan itu terbabas dan terjunam ke dalam sungai sedalam kira-kira 12 meter.

Bomba menerima panggilan memaklumkan kejadian itu pada jam 11.42 malam sebelum menghantar sepasukan anggota bersama jentera ke lokasi.

Jurucakap polis, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Keningau untuk bedah siasat. – BH Online

0 Response to "3 Maut Kereta Terbabas & Terhumban Ke Sungai"

Post a Comment