Hot !

Penduduk Negara Maju Kurang Guna Internet






Kebanyakan penduduk di negara-negara membangun tidak menggunakan Internet, dengan akses terhad disebabkan kos yang tinggi, miskin dan kekurangan kandungan yang relevan, menurut laporan Facebook.

Facebook menjalankan kajian melalui inisiatif Internet.org yang bertujuan untuk meningkatkan penyambungan di seluruh dunia berkata, kadar pertumbuhan di Internet adalah perlahan.

"Pada awal tahun 2015, hanya tiga bilion akan berada atas talian. Ini adalah satu pencapaian yang luar biasa, tetapi ia bermakna hanya 40 peratus daripada penduduk dunia yang menggunakan Internet," kata laporan itu.

Menurut laporan itu, di negara-negara maju, 76 peratus populasi berada atas talian tetapi angka itu hanya mewakili 29.8 peratus pengguna di negara-negara membangun.

Kadar pertumbuhan penggunaan Internet hanya 6.6 peratus pada tahun 2014, tahun keempat yang menyaksikan kemerosotan pertumbuhan.

Jumlah pengguna Internet tidak akan mencecah empat bilion sehingga tahun 2019.

Sehubungan itu, laporan tersebut menyatakan syarikat-syarikat teknologi, kerajaan dan organisasi bukan kerajaan perlu bekerja keras bagi merangsangkan jumlah pengguna Internet.

Tambahnya, kekurangan pengguna Internet berpunca daripada kekurangan infrastruktur, kurang kemampuan dan kandungan yang tidak relevan dari segi bahasa. - MalaysiaGazette



- malaysiagazette.com

0 Response to "Penduduk Negara Maju Kurang Guna Internet"

Post a Comment