Hot !

IS: Australia Beri Amaran Kepada Penduduk Wanitanya






MENTERI Luar Australia, Julie Bishop memberi amaran kepada penduduk wanita di negara itu agar melupakan hasrat sekiranya mereka mahu berhijrah serta menjadi ‘pengantin jihad’ demi menyertai misi kumpulan militan Negara Islam (IS) yang kini semakin mendapat tempat di kalangan mereka.


Statistik sebelum ini menunjukkan sekurang-kurangnya 30 hingga 40 wanita dari negara Kangaroo itu yang menyokong secara aktif kumpulan IS yang perjuangan mereka mencetuskan kontroversi sejak kebelakangan ini.

“Malangnya kita lihat golongan muda wanita yang ingin menyertai konflik di Syria dan Iraq.

“Keluarga dan rakan-rakan perlu mendekati anak-anak muda mereka sebelum terlambat,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kematian warganegaranya, Amira Karroum Ali, 23, yang meninggal dunia dalam pertempuran di Syria baru-baru ini, selepas meninggalkan rumah dan keluarganya sebelum perayaan Krimas tahun lalu.


Sumber

1 Response to "IS: Australia Beri Amaran Kepada Penduduk Wanitanya"