Hot !

Boleh boikot peniaga tamak

type='html'>





Gambar Hiasan

< 1 / 1 >

KUALA LUMPUR - Gesaan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya pengguna menggunakan kuasa mereka untuk 'menghukum' peniaga yang tamak sewajarnya dilihat dalam konteks lebih luas, kata Pengerusi Pertubuhan Pembangunan dan Kajian Insan Malaysia (Pengkaji), Halmi Yusoff.



Beliau berkata, pengguna memiliki kuasa untuk memboikot peniaga yang enggan menurunkan harga barangan atau perkhidmatan walaupun kos operasi telah berkurangan berikutan penurunan harga minyak ketika ini.



"Kami dapati kenyataan Ismail Sabri adalah bersandarkan fakta-fakta yang betul. Kenyataan beliau adalah untuk kebaikan dan kemaslahatan rakyat Malaysia keseluruhannya, mencakupi semua kaum dan etnik.



"Peniaga-peniaga degil ini menentukan harga jualan bukan berdasar kos input, seperti bahan bakar sahaja, tapi atas dasar pencatutan dan mengambil kesempatan atas kedudukan monopoli," katanya kepada Bernama.



Halmi berkata, dalam ekonomi pasaran bebas yang ditentukan oleh penawaran dan permintaan, pengguna dan pengeluar termasuk pengilang, pemborong, pengedar dan peruncit akan memilih untuk menentukan apa dan jumlah barangan atau produk akan dihasilkan dan kadar harga.



Malangnya, kata Halmi pengguna-pengguna pula tidak bersatu hati untuk mewujudkan suasana yang membolehkan suara mereka didengar.



Halmi turut meminta kerajaan memperkasakan Akta Persaingan 2010 bagi mengambil tindakan kepada peniaga yang dengan sengaja menaikkan harga barangan tanpa sebab munasabah.



"Pengkaji juga mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan satu pasukan pakar yang berperanan untuk mengkaji harga barangan bagi mengelakkan peniaga daripada memanipulasi harga.



"Sebelum ini, bila harga minyak naik, harga barang naik. Bila gaji naik, harga barang naik. Bila harga minyak turun, gaji turun, mereka (peniaga) pula buat tak tahu sahaja," katanya.



Semalam, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa kenyataan Ismail Sabri itu bertujuan menegur para peniaga yang enggan menurunkan harga barang walaupun harga minyak dan diesel turun.



Pada hari sama, Ismail Sabri turut dilapor sebagai berkata kenyataannya berhubung isu boikot peniaga tamak yang menjadi viral di laman sosial sejak Isnin lepas, bertujuan membela hak pengguna.



Beliau berkata setiap pengguna perlu bijak berfikir dan bertindak kerana mereka mempunyai kuasa beli mutlak, malah mereka adalah suara majoriti dalam urusan perdagangan antara pembeli dan peniaga. - Bernama



Sumber

0 Response to "Boleh boikot peniaga tamak"

Post a Comment