Hot !

[Video] Arsene Wenger Diserang Penyokong Sendiri


ARSENE WENGER diserang oleh seorang penyokong selepas Arsenal tewas 2-0 kepada Southampton di Stadium St Mary pada Khamis.

Lelaki dipercayai penyokong tegar Arsenal itu meluru ke tempat duduk barisan jurulatih Arsenal sebelum mengatakan sesuatu.

Dia juga kelihatan memarahi pengendali Arsenal itu sebelum Wenger berkata sesuatu kepadanya.


Tanpa sempat bertindak lanjut, lelaki berkenaan kemudian ditahan oleh pasukan keselamatan untuk dibawa keluar dari tepi padang.

Wenger yang sering dikritik oleh penyokong Arsenal sebelum ini mendakwa lelaki terbabit merupakan pengikut skuad Southampton.

“Dia budak muda. Saya fikir dia penyokong Southampton, secara keseluruhan dia tidak agresif. Saya tidak fikir apa yang dia katakan,” jelasnya.

0 Response to "[Video] Arsene Wenger Diserang Penyokong Sendiri"

Post a Comment