Hot !

Tan&Tan Lancar Projek Kediaman Damai







Tan & Tan Developments Bhd



PEMAJU hartanah, Tan & Tan Developments Bhd, hari ini melancarkan projek kediaman Damai seluas 0.21 hektar, dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM62 juta, yang terletak berhampiran deretan kedutaan di Jalan Ampang.

Pengarah Eksekutif, Teh Boon Ghee, berkata projek itu merangkumi 30 unit kondominium, yang setiap satunya mempunyai keluasan 1,938 kaki persegi serta berharga antara RM1.9 juta dan RM2.2 juta, dan sebuah penthouse seluas 3,961 kaki persegi berharga RM4.35 juta.

"Kediaman Damai memaparkan konsep reka bentuk terkini. Ia menawarkan tiga bilik tidur dan bilik mandi, dapur dan ruang gaya hidup yang berasingan, perkarangan dan lobi lif persendirian dengan empat kad akses serta dua tempat letak kenderaan bagi setiap unit.

"Bangunan 20 tingkat itu menempatkan dua unit pada setiap tingkat. Sekarang ia dibuka untuk tempahan," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran projek itu di sini hari ini.

Beliau berkata 30 peratus daripada kesemua unit telah ditempah semasa pelancaran awal projek itu tahun lepas.

"Kita jangka projek ini akan siap sepenuhnya pada Disember 2017," katanya.

Teh berkata syarikat itu mempunyai 287.326 hektar tanah yang belum dibangunkan di seluruh negara. - Bernama

0 Response to "Tan&Tan Lancar Projek Kediaman Damai"

Post a Comment