Hot !

‘Saya Ambil Walaupun Saiz Tak Padan’

ROMPIN - Walaupun kasut ini besar dan tidak sepadan dengan saiz kaki saya, tetapi tetap boleh dipakai kerana suatu hari nanti kaki saya akan menjadi besar sepadan dengan saiz kasut ini.

Begitulah reaksi Pengerusi Jawatan Kuasa (JK) Bencana Pas Rompin, Mohd Fadzli Mohd Ramly, ketika diminta menceritakan pengalamannya menghantar bantuan banjir dan membantu mangsa banjir membersihkan rumah di sekitar Jerantut.


Mangsa banjir yang terdiri daripada kanak-kanak dan dan ibu bapa sedang memilih kasut sekolah yang dibawa oleh sukarelawan Pas Rompin dalam misi bantuan ke Jerantut.

Menurutnya, tidak mungkin hati seorang yang bergelar manusia tidak tersentuh apabila mendengar seorang kanak-kanak berkata sedemikian.

Katanya, air mata mula bergenang di kelopak mata selain memikirkan bagaimana kanak-kanak itu akan memulakan persekolahan serta hidup baharu selepas banjir.

?Keadaan yang saya lihat ketika misi bantuan ke Jerantut itu sangat menyedihkan dan mereka (kanak-kanak) itu perlu dibantu supaya dapat memulakan persekolahan tanpa sebarang kesulitan atau tekanan.

?Jika sepasang kasut sekolah begitu bernilai bagi mereka, sudah tentu sumbangan uniform lain juga sangat diperlukan dalam memudahkan urusan persekolahan mereka,? katanya kepada Sinar Harian.

Misi bantuan bencana banjir tersebut turut mendapat kerjasama YDP Pas Kawasan Jerantut, Yohanis Ahmad yang membawa pasukan sukarelawan dari Rompin ke kawasan yang terjejas teruk akibat banjir iaitu di Kampung Temin.

Dalam pada itu, Fadzli turut berharap akan lebih ramai ahli perniagaan atau badan korporat yang tampil menyumbang barangan persekolahan.

?Selain makanan dan keperluan lain, keperluan untuk persekolahan juga sangat penting. Jadi saya harap akan lebih banyak pihak tampil untuk menyumbang.

?Pada saya, tiada apa yang lebih menggembirakan waktu ini iaitu melihat mangsa banjir terutama kanak-kanak yang akan memulakan persekolahan dapat ke sekolah dengan uniform dan peralatan sekolah yang baharu,? katanya.

0 Response to "‘Saya Ambil Walaupun Saiz Tak Padan’"

Post a Comment