Terkedu rasanya mendengar harga seunit kediaman yang ditawarkan oleh pemaju apartmen One Hyde Park di London ini!
Begitu pun, nilai RM55 juta mungkin tidak menjadi masalah bagi individu bergelar jutawan dan mahukan kediaman umpama hotel mewah seperti ini.
Memetik Mail Online, harga seunit pangsapuri mewah ini kira-kira 56 kali ganda berbanding kediaman biasa di sana.
Bagaimanapun, kediaman tersebut hanya mempunyai satu bilik tidur sahaja iaitu di tingkat bawah, sementara bahagian ruang tamu dan dapur terletak di tingkat atas.
Tapi, jangan main-main ya kerana bilik tidur tersebut amatlah besar dan turut dilengkapi dengan bilik air mewah.
Pihak pengurusan One Hyde Park turut menyediakan pembantu rumah, pengawal keselamatan terlatih, dobi, pawagam, sauna dan banyak lagi termasuklah perkhidmatan bilik dari Hotel Mandarin untuk para penghuninya.
0 Response to "Perghh ! Apartmen 1 Bilik Bernilai RM 55 Juta !"
Post a Comment