JALAN raya yang dinaiki air memerlukan perkhidmatan bot untuk penghantaran bantuan.
Temerloh: Pemilik bot kecil di bandar ini mampu mengaut keuntungan berlipat ganda dengan menyewakan bot milik mereka kepada penduduk setempat serta pihak luar yang mahu menyalurkan bantuan kepada pusat pemindahan yang terputus hubungan sejak Sabtu lalu.
Difahamkan, bot yang memuatkan tiga hingga lima orang itu mampu mengaut keuntungan sekitar RM500 sehari bagi setiap bot.
Seorang remaja dikenali sebagai Saiful, 15, berkata, setiap penumpang dikenakan tambang berbeza bergantung kepada destinasi masing-masing.
Menurutnya, dia dibayar upah pemilik bot setiap hari dengan mengambil kira jumlah penumpang yang dibawa.
Jika siang, tambang dikenakan antara RM10 hingga RM30 tetapi pada waktu malam meningkat sekali ganda kerana risiko terlalu tinggi.
Setakat ini tidak berdepan sebarang masalah kerana saya mahir dengan jalan ini walaupun ditenggelami air hingga tiga meter,? katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Selain itu, tempat yang menjadi tumpuan bot sewa ialah berhampiran bank di laluan utama bandar ini menuju Lebuh raya Pantai Timur (LPT) yang dinaiki air akibat limpahan Sungai Pahang.
Tinjauan Harian Metro mendapati bot kecil yang dipercayai dimiliki pengusaha ikan patin sangkar kelihatan di laluan Temerloh-Bera dekat sini.
Bagi pemilik bot dikenali sebagai Khairi, 36, berkata, dia bukan sengaja mengenakan caj tinggi kepada penduduk mahupun pihak luar yang mahu menghulurkan sumbangan makanan atau ubat-ubatan kepada mangsa banjir.
Menurutnya, faktor utama menyebabkan orang ramai dikenakan tambang ?tidak masuk akal? itu berikutan stesen minyak di bandar itu ditutup dan pengusaha perlu mendapatkan bekalan bahan api hingga ke Mentakab, 15 kilometer dari sini.
Bukan kami mahu mencekik darah dengan mengenakan harga sewa bot yang mahal tetapi disebabkan ada pihak lain menjual petrol kepada kami dengan harga melampau.
Selain itu, ada yang menjual petrol diisi dalam botol air mineral 1.5 liter pada harga RM10 menyebabkan saya sanggup pergi membelinya di stesen minyak biarpun jaraknya jauh,? katanya.
sumber: hmetro.com.my
0 Response to "Pemilik bot kaut RM500 sehari ketika banjir"
Post a Comment