AUSTRALIA – Pemain bola sepak Iran yang menyertai Piala Asia diberi amaran supaya tidak bergambar selfie dengan peminat wanita atau mereka akan berdepan hukuman.
Ketua Jawatankuasa Moral Persekutuan Bola Sepak Iran, Ali Akbar ketika memberikan amaran itu berkata, ini kerana pemain berisiko dijadikan sebagai alat politik jika mereka bergambar dengan peminat wanita.
Amaran itu dikeluarkan minggu lepas setelah gambar beberapa pemainnya bergambar dengan peminat wanita telah tersebar di internet.
‘Pemain kebangsaan sepatutnya sedar mereka tidak boleh melakukannya kerana ia boleh dijadikan sebagai alat politik dan gambar ini akan digunakan ke atas mereka kelak.
“Jadi berdasarkan perkara ini, maka pemain tidak dibenarkan bergambar dengan sesiapa. Jika mereka tidak menghormatinya maka kita akan ambil tindakan,’’ kata Ali.
Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan bentuk hukuman yang akan dikenakan itu.
Di Iran, wanita diharamkan daripada menghadiri sukan kaum lelaki, namun di Australia di mana kejohanan Piala Asia sedang berlangsung, tiada peraturan sama dikuatkuasakan.
0 Response to "Pemain Bola Iran Dilarang Keras Selfie Dengan Wanita"
Post a Comment