Hot !

Lelaki Maut Kereta Terperosok Belakang Bas




KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut tersepit setelah kenderaan dipandunya merempuh belakang sebuah bas persiaran di Jalan Maharajalela, berhadapan Hotel Mandarin, pagi semalam.

Mangsa, Rishahfaizal Mohamed Kassim, 48, dari Kampung Melayu, Rawang, meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala.

Jurucakap bomba memberitahu, pihaknya menerima panggilan jam 9 pagi dan menggerakkan jentera dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah ke lokasi.

 


Keadaan kereta mangsa yang terperosok bawah bas menyebabkannya maut

 


Menurutnya, kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu mangsa dipercayai berhenti di tengah jalan berhadapan sebuah stesen minyak dan bergerak secara tiba-tiba sebelum merempuh bahagian belakang kiri bas yang sedang menunggu pelancong untuk ke Muzium Negara.

Mangsa didapati tersepit, cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat," katanya.


sumber: sinarharian.com.my

0 Response to "Lelaki Maut Kereta Terperosok Belakang Bas"

Post a Comment