Hot !

Kamal Sports Hasrat Tambah Cawangan

PENGEDAR kelengkapan dan peralatan sukan,Kika Jaya Sdn Bhd (Kika Jaya) berhasrat meluaskan rangkaian kedai sukannya menerusi Kamal Sports di seluruh negara.

Pengarah Urusannya, Nik Harris Nik Kamaruddin berkata, syarikat itu mengalu-alukan rakan niaga yang berminat untuk menjalankan perniagaan Kamal Sports di setiap negeri.

?Ketika ini, Kamal Sports mempunyai empat cawangan iaitu di Kuala Lumpur, Perak, Kelantan dan Terengganu.


Nik Harris bersama sebahagian kasut sukan yang dijual di Kamal Sports

?Kami bukan tidak mahu buka cawangan baharu sendiri, tetapi ia memerlukan komitmen untuk mengendalikan kakitangan,? katanya ketika ditemui di pejabatnya di Dataran Pandan Prima, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Nik Harris berkata, menerusi konsep rakan niaga itu, pembahagian 50-50 melibatkan kos dan syer antara Kika Jaya dengan rakan niaganya.

?Ketika ini, sudah ada tiga pihak berminat untuk menjadi rakan niaga Kika Jaya untuk membuka cawangan di Negeri Sembilan, Perlis dan Melaka. Perbincangan sedang dijalankan untuk membincangkan mengenai kos barang, produk dan pasaran di lokasi berkenaan.

?Saya juga baru menerima e-mel daripada orang yang berminat untuk membuka Kamal Sports di Selangor, tetapi belum ada perbincangan lanjut,? katanya yang menubuhkan Kika Jaya pada 2005.

Menurutnya, oleh kerana harga kelengkapan sukannya yang berpatutan dan mampu milik, pelanggannya terdiri daripada kelab peminat sukan, sekolah dan sektor korporat.

?Jualan kami tetap memberangsangkan walaupun bukan pada musim bola atau sukan yang lain. Cuma, jualan akan jatuh pada bulan puasa mungkin kerana tidak ramai orang mahu bersukan,? katanya.

Antara barangan yang dijual di Kamal Sports termasuklah jersi, seluar, kasut, bola dan kelengkapan sukan dengan purata harga RM10.90 sehingga RM150.

Syarikat itu juga turut menerima tempahan cetakan jersi untuk individu, kumpulan mahupun sebarang majlis-majlis sukan.

0 Response to "Kamal Sports Hasrat Tambah Cawangan"

Post a Comment