Hot !

IS Ugut Bunuh Tebusan Jepun Dalam 72 Jam




BAITULMUQADDIS - PALESTIN. Kumpulan militan IS mengugut untuk membunuh dua tebusan warganegara Jepun jika wang tebusan sebanyak AS$200 juta tidak dipenuhi.

Tempoh masa yang diberikan adalah 72 jam, bermula dari masa video ugutan bunuh tersebut dimuatnaik ke laman web pengganas berkenaan.

 


Sedutan video yang dimuatnaik oleh kumpulan militan IS

 



Video tersebut yang dimuatnaik pada hari ini, menampilkan pengganas sama yang muncul dalam beberapa siri video penyembelihan tawanan IS.

Dua tebusan tersebut, Kenji Goto Jogo dan Haruna Yukawa dilihat melutut di samping Jihadi John, nama gelaran yang diberikan kepada pengganas berkenaan.

Menurut CNN, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang dalam rangka lawatan ke Timur Tengah, sedang menyusun semula jadual untuk menyelesaikan malsah tebusan tersebut.

Sementara itu, agensi berita Jepun, Kyodo, memberitahu bahawa Yukawa, 42, ditangkap di Syria Ogos lalu ketika bersama dengan puak pemberontak di Syria.

Goto pula merupakan seorang wartawan bebas yang membuat liputan untuk beberapa agensi berita di Jepun. Komunikasi terakhir beliau adalah di laman mikro Twitter, bertarik 23 Oktober.

Related Posts :

0 Response to "IS Ugut Bunuh Tebusan Jepun Dalam 72 Jam"

Post a Comment