Hot !

3 Fakta Meragukan Mengenai Pesawat QZ8501






Sebuah akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini telah mendedahkan beberapa fakta berkenaan pesawat malang QZ8501 yang terhempas di perairan Laut Jawa.Fakta-fakta yang dikeluarkan oleh pihak Indonesia ini menimbulkan keraguan soal kredibiliti syarikat penerbangan tersebut yang melanggar beberapa arahan dan larangan yang nyata memberi kesan buruk kepada penumpang.



1. Permit laluan pesawat AirAsia Surabaya-Singapura untuk hari Ahad dibekukan untuk siasatan lanjut kerana sememangnya tiada permit untuk AirAsia melakukan penerbangan pada hari Ahad berdasarkan permit diberi.



2. Pihak berkuasa juga sedang menyiasat mengapa juruterbang tidak meminta laporan kaji cuaca pada hari tersebut sebelum berlepas memandangkan musim sekarang cuaca agak buruk.



3. Pakar penerbangan Indonesia bingung dan mahukan penjelasan dari pihak berkuasa Indonesia berkenaan penerbangan pesawat tersebut yang dikatakan tidak mempunyai kebenaran untuk berlepas pada hari Ahad namun tetap boleh membuat penerbangan dan adakah pihak lapangan terbang Changi sedia maklum akan pesawat yang bakal mendarat tersebut?



1001 persoalan bermain di minda apabila diteliti akan fakta-fakta dikeluarkan pihak berkuasa Indonesia ini kerana ia merupakan kesalahan yang tak patut dilakukan oleh sebuah syarikat penerbangan yang membawa ratusan ribu nyawa penumpang setiap hari.



Sama-sama kita nantikan siasatan dari pihak berkuasa Indonesia akan hal ini, sudah pasti pihak Indonesia akan mengkaji sehabis mungkin memandangkan majoriti penumpang adalah warganegara mereka.Tidak seperti isu MH370 dan MH17 yang menyepi sehingga sekarang tanpa khabar berita.

Sumber

0 Response to "3 Fakta Meragukan Mengenai Pesawat QZ8501"

Post a Comment