Kuala
Lumpur: "Saya terkejut apabila serpihan alat pendingin hawa kereta itu jatuh di
atas riba disusuli letupan dan percikan api pada hadapan kereta
berkenaan."
Itu
kata wanita mahu dikenali sebagai Azlina, 40, mengenai kemalangan menyebabkan
pemandu kereta mewah model Aston Martin DB9 bernilai RM2 juta terbunuh pagi
semalam.
Kejadian
berlaku jam 1.30 pagi di Kilometer 18, Lebuhraya Pantai Baru (NPE) berhampiran
Taman Maju Jaya, di sini dipercayai berlaku apabila pemandu kereta berkenaan,
Muhammad Sirajullah Abu Bakar, 30, cuba mengelak motosikal ditunggang melawan
arus di lorong paling kanan.
Mangsa
disahkan maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala selepas tercampak
keluar dari keretanya yang terputus dua selepas merempuh besi pembahagi jalan
dan tiang jejambat.
Azlina
berkata, kejadian berlaku pantas selepas mendengar bunyi brek disusuli dentuman
beberapa kali.
0 Response to "Tercampak Dari Kereta RM2 Juta"
Post a Comment