Hot !

Saya Gemuruh, Bukan Lalok – Akim Ahmad

Memang tidak dinafikan ramai yang kecewa apabila lagu “Mewangi” nyanyian Akim & The Magistrate tidak terpilih untuk layak ke AJL29. Namun tidak boleh dinafikan yang persembahan Akim pada malam tersebut kurang memberangsangkan. Lontaran vokalnya kurang menjadi.Akibat persembahan yang agak mengecewakan itu, ada suara-suara sumbang yang mendakwa Akim berada di dalam keadaan ‘lalok’ kerana mengambil dadah ketika menyanyikan lagu itu.

akim ahmad




Nasib baiklah Akim pantas tampil menjelaskan keadaan. Sebenarnya Akim bukan ‘lalok’ sebaliknya gemuruh ketika membuat persembahan. Memang kalau gemuruh prestasi sebenar tak dapat ditunjukkan. Abang Nara pun kalau naik atas pentas memang jantung berdegup kencang. Cuak kot banyak mata memandang. Kata Akim:-


Saya sedar fitnah ada macam-macam jenis dalam dunia sekarang. Malah makin menjadi-jadi akhir-akhir ini. Tapi terfikirkah mereka saya ada emak dan ayah yang tinggal bersama. Bagaimanalah penerimaan mereka apabila saya dikaitkan dengan benda macam ini?

Saya terkilanlah orang cakap disebabkan saya ‘lalok’ persembahan dalam MM29 jadi teruk dan gagal layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL) nanti. Saya dan kumpulan The Magistrate bertanding malam itu jadi takkanlah saya nak buat macam itu pula?

Kenapalah ada yang mudah membuat tafsiran sendiri dan menyebarkan perkara yang belum tentu sahih. Kalau saya ‘lalok’ takkanlah saya boleh buat persembahan di pentas. Mungkin ada pihak salah anggap melihat cara nyanyian saya yang kurang memuaskan itu disebabkan ‘lalok’ sedangkan saya terlalu gemuruh dan tertekan sebenarnya.

Saya takkan rasa gemuruh kalau saya ‘lalok’ dan separa sedar bukan? Tapi malam itu saya sangat gemuruh dan sedar kelemahan itu. Padahal kalau saya menyanyikan lagu itu pada persembahan pentas lain, okey saja.

Mungkin pihak yang tersalah anggap itu perlu mengikuti persembahan saya yang lain dan bandingkan sendiri. Kalau saya jenis yang ‘lalok’ memang susahlah saya nak buat persembahan di merata tempat dan masa

akim ahmad

Diharap dengan penjelasan daripada Akim ini, semua pihak akan berpuas hati.  Darah gemuruh itu perkara biasa. Bukan semua orang boleh buat persembahan dengan penuh ketenangan lebih-lebih lagi di atas pentas yang sebesar Muzik-Muzik separuh akhir.  Apa pun, semoga ada rezeki Akim di pertandingan lain. Lain kali boleh buat yang lebih baik. Sumber Harian Metro.

0 Response to "Saya Gemuruh, Bukan Lalok – Akim Ahmad"

Post a Comment