Hot !

Nora Danish Caj RM3,000 Untuk Review Iklan Di Instagramnya


Hamboi-hamboi….Artis kita la ni bukan main pandai buat duit yer!
Baguslah kalau macam itu, lagi-lagi pendapatan artis sememangnya tidak menentu naik turunnya. Maka, tak salahlah segelintir artis yang mencari wang lebih dengan meniaga dan sebagainya.
Namun, lain pula segelintir artis iaitu menggunakan medium laman Instagram masing-masing membuat review iklan berbayar.
Nama pun artis, apa yang ditulis oleh artis di laman-laman sosial milik mereka seperti, Instagram pastinya mendapat perhatian dan sekaligus memberi keuntungan kepada tuan punya kedai.
Jadi apa salahnya kan golongan artis ini mengenakan caj?
Tapi terkejut kami mengetahui caj yang dikenakan selebriti kepada para peniaga untuk membuat review.
Menerusi laporan mStar Online, ‘hot mama’ iaitu Nora Danish menduduki carta antara artis tempatan yang mengenakan bayaran termahal untuk membuat review iklan, sekitar RM 1,500 sehingga RM3,000.
Mak aih…macam dah sebulan gaji!

Mungkin bayaran itu bersesuai mengikut jumlah pengikutnya di laman tersebut yang sudah mencecah 1.4 juta orang.
Dengarnya, bayaran yang dikenakan Nora berlainan mengikut hari dan masa. Wah, kerlass…kiranya waktu ‘peak hour’ Instagram adalah paling mahal. Gitew!
Bayaran serendah RM1,500 dikenakan bagi tempoh Isnin hingga Jumaat, pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 10 malam sehingga 12 pagi.
Manakala, caj sebanyak RM3,000 pula dikenakan untuk tempoh iklan bermula 1 petang hingga 9 malam bagi jumlah hari yang sama dan termasuk hari Sabtu dan Ahad.
Model muslimah terkenal, Felixia Raisyyah Rania pula mengenakan caj sekitar RM 2,000 mengikut review yang diinginkan pelanggan.
Walaupun kedengaran mahal, tapi mungkin keuntungan yang dikaut oleh para peniaga yang membuat review tersebut berganda-ganda. Yelah, siapa tahu kan? – MYNEWSHUB.CC

0 Response to "Nora Danish Caj RM3,000 Untuk Review Iklan Di Instagramnya"

Post a Comment