Hot !

Nilai Ringgit Dalam Arah Aliran Menurun Terbesar Berbanding Zaman Gawat 1997-1998



KUALA LUMPUR: Nilai mata wang Ringgit hari ini dilihat bergerak kearah trend menurun terbesar berbanding dengan Dolar Amerika sejak krisis kegawatan ekonomi pada tahun 1997-1998.


Perkara ini terjadi berikutan kebimbangan terhadap penyusutan pendapatan negara pengeksport minyak dunia yang melihat harga pasaran minyak yang semakin merudum.

Ringgit menyusut sebanyak 1.3 peratus kepada 3.4250 berbanding satu dolar Amerika pada jam 10.38 pagi tadi.

Selain itu menurut data yang diperolehi dari Bloomberg, ringgit dilihat telah menurun dengan nilai yang terbesar dalam masa 2 hari iaitu 2.3% lebih teruk dari penurunan sejak jun 1998 sebelum Tun Mahathir membuat keputusan membuat tambatan ringgit.

Pagi tadi harga minyak dunia susut 2.3% iaitu paras terendah sejak lima tahun.

Menurut pakar Strategi Commonwealth Bank of Australia yang berpangkalan di Singapura, Andy Ji berkata, Malaysia adalah sebuah negara yang paling terjejas dengan penurunan harga  minyak sekarang.

"Ringgit pula dijangka boleh menyusut sehingga 3.45 pada minggu ini," katanya.

Kehilangan potensi pendapatan bakal menyukarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengurangkan defisit fiskal kepada tiga peratus pada tahun 2015 daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 3.5 peratus tahun ini.- Siakapkeli.com.my

0 Response to "Nilai Ringgit Dalam Arah Aliran Menurun Terbesar Berbanding Zaman Gawat 1997-1998"

Post a Comment