Hot !

Lady Gaga Dedahkan Dia Pernah Dirogol


LOS ANGELES: Penyanyi terkenal yang penuh dengan kontrovesi, Lady Gaga, mendedahkan kepada media bahawa dia pernah dirogol ketika berusia 19 tahun oleh seorang penerbit muzik yang 20 tahun tua daripadanya menyebabkan dia telah trauma.

Bagaimanapun sekarang hidupnya tidak lagi daam trauma selepas menjalani terapi fizikal dan mental di sebuah pusat pemulihan.

“Saya melalui perkara yang menakutkan tetapi kini saya boleh ketawa, disebabkan saya menjalani terapi fizikal dan mental selama beberapa tahun.

“Muzik adalah sesuatu yang menakjubkan bagi saya dan ia menjadi pelindung kepada diri saya,’’ katanya yang membuat pendedahan berkenaan dalam rancangan The Howard Stern Show.

Dia juga telah ditanya adakah dia pernah berjumpa dengan perogolnya itu dan Gaga menjawab, jika itu berlaku maka ia adalah sesuatu yang akan menakutkannya.

“Saya pernah melihatnya sekali di sebuah kedai dan saya menjadi lumpuh akibat ketakutan,’’katanya.-

0 Response to "Lady Gaga Dedahkan Dia Pernah Dirogol"

Post a Comment