Soalan
: Saya dan suami saya merancang keluarga dengan kaedah mengeluarkan air mani di
luar rahim. Apakah ini tidak dianggap menolak kurniaan Allah, atau membunuh
benih yang boleh menjadi anak?
Jawapan:
Perbuatan
mengeluarkan air mani diluar rahim ketika melakukan persetubuhan dinamakan
‘azal. Ia biasanya dilakukan untuk mengelakkan dari mengandung. Hal ini berlaku
sejak zaman Nabi s.a.w. Ini seperti kata seorang sahabah yang terkenal Jabir bin
‘Abd Allah:
“Kami
melakukan ‘azal pada zaman Nabi s.a.w. dan Al-Quran sedang turun” (Riwayat
al-Bukhari dan Muslim).
Maksud
Jabir mereka melakukan perkara tersebut pada zaman Nabi s.a.w iaitu masa
al-Quran masih diturunkan tetapi mereka tidak pun dilarang oleh al-Quran.
Maka
dengan ini mengeluarkan air mani di luar rahim untuk mengelakkan mengandung
adalah diharuskan.
Sama
dalam hal ini pil perancang untuk mengelakkan mengandung.
Namun
oleh kerana wujudnya hadith Muslim yang menamakan ‘azal sebagai al-wa`d al-khafi
iaitu membunuh anak secara senyap, maka kebanyakan ulama memakruhkan perbuatan
ini.
Di
samping itu, hadith yang lain riwayat Muslim juga menyatakan bahawa seseorang
yang cuba melakukan ‘azal jika Allah kehendaki tetap akan mendapat anak. Ini
mungkin kerana dia tidak dapat mengawal pancutan air mani sebelum dia
mencabutnya.
Perlu
diingatkan, oleh kerana perbuatan ini boleh menyebabkan isteri hilang kelazatan
persetubuhan, atau tidak sampai kemuncak kelazatannya (climax), maka suami yang
ingin melakukannya hendaklah mendapat keizinan isteri.
Ini
kerana persetubuhan adalah hak bersama suami dan isteri. Demi keadilan dan hak
isteri, maka izinnya perlunya perlu diminta. Inilah pendapat yang paling kuat
kebanyakan ulama.
Sehingga
al-Imam Ibn ‘Abd al-Barr (wafat 463H) berkata: “Tiada
khilaf di kalangan ulama bahawa tidak boleh dilakukan ‘azal dengan isteri yang
merdeka melainkan setelah mendapat keizinannya.
Ini
kerana persetubuhan adalah daripada haknya” (Ibn Hajar al-‘Asqalani,
Fath al-Bari, 10/385, Beirut: Dar al-Fikr).
Di
samping perlu difahami, adapun hasrat mencegah kehamilan jika sebabkan bimbang
kepapaan, atau kekurangan rezeki, atau kurang kemewahan adalah diharamkan kerana
ianya menyamai perbuatan musyrikin dan tidak meyakini rezeki Allah.
Jika
disebabkan keadaan tertentu yang mendesak seperti kesihatan atau kesibukan maka
ia diizinkan. Namun jika digunakan pencegah kehamilan secara berterusan tanpa
sebab adalah diharamkan oleh para ulama.
Ini
jika dibiarkan akan mengurangkan jumlah umat Islam. Dinasihatkan agar kita
memperbanyakkan zuriat, kerana ianya menambahkan
kekuatan
Petikan: http://acaiputra.blogspot.com
Petikan: http://acaiputra.blogspot.com
Sumber
0 Response to "Hukum Mengeluarkan Air Mani Di Luar Rahim"
Post a Comment