
Kuala
Lumpur: Akibat gagal mengawal kemarahan, seorang adik sanggup menetak sebelum
melanggar abangnya sendiri sehingga mati dalam kejadian di Jalan 219, Seksyen
51A, Petaling Jaya, malam tadi.
Dalam
kejadian kira-kira 11 malam itu, pertengkaran kedua beradik berusia 30-an itu
dipercayai akibat perebutan hak milik sebuah lori yang diusahakan bersama
sebelum ini.
Ketua
Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, siasatan
awal mendapati terdapat kesan darah dan sebuah motosikal ditemui di tempat
kejadian dengan kesan langgar.
Katanya,
polis percaya suspek yang juga adik mangsa bertindak menetaknya sebelum merempuh
dengan sebuah kenderaan sehingga mengakibatkan kecederaan serius di kepala dan
badan.
"Mangsa
dihantar oleh ahli keluarganya sendiri ke Pusat Perubatan Universiti Malaya
(PPUM) dan setibanya di hospital, mangsa disahkan meninggal dunia," katanya
ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya,
siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya masih menunggu hasil laporan bedah
siasat untuk mengetahui punca kematian mangsa. METRO ONLINE
0 Response to "Tetak, Langgar Abang Sampai Mati Akibat Berebut Lori"
Post a Comment