Gelombang banjir di Terengganu kian dirasai penduduk di kawasan terjejas pada Khamis 20 November 2014 berikutan peningkatan paras air akibat hujan yang berterusan.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh portal e-Tindakan Bencana Terengganu http://etindakan.terengganu.gov.my setakat jam 5 petang Khamis sebanyak 3863 mangsa banjir kini ditempatkan di 36 pusat pemindahan yang dibuka.
Difahamkan jumlah mangsa dijangka akan meningkat dari masa ke semasa berikutan terdapat kawasan baharu di beberapa daerah kini mula dinaiki air.

Menurut laporan, Kuala Terengganu masih merupakan daerah paling ramai mangsa dipindahkan setakat ini iaitu 2,459 orang daripada 635 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan.
Diikuti oleh daerah Marang dengan pertambahan 42 mangsa (11 keluarga) banjir terbaru menjadikan 893 mangsa (217 keluarga) kini ditempatkan di empat lokasi pusat pemindahan banjir.
Manakala di Setiu, banjir yang kembali melanda, memaksa mangsa banjir kembali ke pusat pemindahan daripada 16 orang (5 keluarga) sebelah pagi tadi, kini menjadi 280 mangsa (63 keluarga) ditempatkan di 14 lokasi pusat penempatan banjir.
Keadaan sama turut berlaku di Besut yang menyaksikan 215 mangsa (57 keluarga) kini ditempatkan di pusat pemindahan berbanding sembilan orang (dua keluarga) ditempatkan di Balai Raya Kampung Beris Pak Abu dan Surau Sekolah Kebangsaan (SK) Beting Lintang pada sebelah pagi tadi.

SENARAI TALIAN BILIK GERAKAN BANJIR DI TERENGGANU
Selain mendapatkan maklumat terkini banjir menerusi portal e-Tindakan Bencana Terengganu, orang ramai boleh menghubungi talian bilik gerakan banjir untuk mendapatkan bantuan dan tindakan selanjutnya
Bilik Gerakan Bencana Negeri: 09-6316021
Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat: 096301193
Bilik Gerakan Jabatan Kerja Raya: 09-6274277
Stesen Meteorologi Lapangan Terbang Sultan Mahmud: 09-6664743
Bilik Gerakan Jabatan Pengairan dan Saliran: 09-6224072
Pusat Kawalan Kontinjen Polis Kuala Terengganu: 09-6270499
Jabatan Bomba Dan Penyelamat: 09-6220949
Batalion 18 Regimen Askar Melayu Diraja: 09-6664233 ext 223; 09-6664233 ext 226
Bilik Gerakan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia: 09-6668246; 09-6666492
Bilik Gerakan Jabatan Pengangkutan Jalan: 09-6222023
Bilik Operasi Tenaga Nasional Berhad: 09-6267348
0 Response to "Gambar Dan Jumlah Mangsa Banjir Di Terengganu 20.11.2014"
Post a Comment