
Kota
Bharu: Polis sudah mengenal pasti suspek lelaki yang cuba menculik kanak-kanak
perempuan berusia 10 tahun di depan Wat Ariyakhiri berhampiran rumahnya di
Kampung Aril, Melor, dekat sini, Jumaat lalu.
Ketua
Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, lakaran fotofit suspek itu yang
berusia lewat 20-an itu juga sudah diedarkan ke merata tempat.
"Kita
harap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek akan segera
menghubungi balai polis terdekat.
"Berdasarkan
keterangan mangsa, suspek dipercayai warga tempatan berkulit sawo matang, tinggi
dan berbadan kurus," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat polis Kontinjen
(IPK), di sini, hari ini.
Dalam
kejadian Jumaat lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dilarikan
sejauh 22 kilometer oleh seorang lelaki menaiki kereta Proton Saga.
Bagaimanapun,
kanak-kanak itu berjaya menyelamatkan diri apabila kenderaan lelaki terbabit
tersangkut dalam selut di Banir Belikung, Pasir Puteh.
0 Response to "Cam Rupa Penculik Budak"
Post a Comment