Pakar-pakar perubatan di
selatan Vietnam menawarkan untuk membantu seorang wanita berusia 26 tahun yang
kulitnya berkedut dalam satu malam saja, membuatkan dia kelihatan 30 tahun lebih
tua, media tempatan di sana melaporkan hari Rabu.
Tiga hospital di Bandar Raya
Ho Chi Minh City telah menawarkan Nguyen Thi Phuong perundingan dengan
pakar-pakar selepas akhbar Tuoi Tre menerbitkan gambarnya pada hari
Ahad.
Kulit Phuong berkedut tetapi
dia masih mempunyai rambut dan postur wanita muda, kata akhbar itu. Keadaan
dirinya telah membingungkan doktor-doktor tempatan.

Menurut laporan itu, masalah
Phuong bermula pada tahun 2008 selepas dia makan makanan laut dan mukanya
tercetus ruam. Dia diberi ubat dermatitis, tetapi selepas mengambil selama
seminggu, mukanya bengkak dan gatal-gatal muncul di kulitnya.
"Apabila kami berkahwin,
Phuong adalah seorang gadis yang cantik," suami Phuong, Nguyen Thanh Tuyên, 34,
dipetik sebagai berkata.
"Adalah sukar untuk bercakap
secara terbuka mengenai perkara-perkara suami isteri ini, tetapi fahamilah
bahawa saya masih mencintai isteri saya," katanya.

[Tuoi Tre , Korea Herald ,
Unikversiti] - sumber
0 Response to "WANITA BERUBAH MENJADI TUA DALAM SATU MALAM"
Post a Comment