Hot !

Sebab Sebenar Gangguan Akses Internet Di Asia Tenggara


Telekom Malaysia, melalui akaun Twitter mereka hari ini berkongsi mengatakan yang mana sebahagian daripada pelanggan UniFi dan Steamyx mungkin mengalami masalah untuk mengakses rangkaian internet, yang berpunca daripada kabel AAG (Asia America Gateway) di dasar laut.

Masalah yang dialami pada kabel dasar laut bukan sesuatu yang baru, kabel AAG yang menghubungkan trafik data ke Amerika Syarikat dilihat menghadapi masalah, sekaligus membuatkan akses internet ke beberapa laman web menjadi perlahan berbanding kebiasaan.


Pihak Telekom Malaysia mengatakan yang mana mereka telah memulakan proses untuk membaik pulih dan ia mungkin akan mengambil sedikit masa sebelum ia selesai sepenuhnya.

Menurut beberapa laporan, ia dikatakan kabel sekitar Hong Kong ke Vietnam menghadapi masalah sekaligus memberikan impak kepada akses internet untuk pengguna di Asia Tenggara.

Memandangkan data yang sepatutnya melalui kabel tersebut akan diubah-hala mengikut laluan lain, maka ia akan membuat kelajuan internet sedikit perlahan berbanding kebiasaan.

Pihak Telekom Malaysia dijangka akan berkongsi lebih maklumat mengenainya dari masa ke masa.



Related Posts :

0 Response to "Sebab Sebenar Gangguan Akses Internet Di Asia Tenggara "

Post a Comment