
CALIFORNIA, – Bau kurang menyenangkan dihidu seorang wanita tanpa disangka berpunca dari mayat di dalam bonet kereta.
Kejadian dilaporkan pada petang Sabtu, 13 September lalu. Wanita tersebut singgah ke pasaraya Walmart yang terletak di Riverside selepas pulang dari tempat kerja.
Usai membeli, dia kemudiannya membuka bonet kenderaan untuk meletakkan barangan runcit. Apa yang dilihatnya adalah mayat seorang lelaki yang mula mereput.
Pihak berkuasa bergegas ke lokasi selepas mendapat laporan pada pukul 4.42 petang. Mayat yang dijumpai dalam hud kereta Lexus keluaran 1999 itu dikenal pasti sebagai Miguel Angel Perez berusia 33 tahun.
Menurut pemilik kereta tersebut, dia mengenali mangsa sebagai penduduk di kawasan kejiranan yang sama di Pomona.
Polis tidak menafikan kemungkinan mangsa dibunuh di Pomona.
Kredit gambar: ktla
0 Response to "Mayat Jiran Dalam Bonet Kereta"
Post a Comment