Hot !

Jadual UPSR 2014 Ulangan Sains Dan BI 30 September 2014

Jadual waktu UPSR 2014 peperiksaan ulangan semula Sains dan Bahasa Inggeris (BI) pada 30 September 2014. 

Seperti sedia maklum, Lembaga Peperiksaan Malaysia akan mengadakan peperiksaan ulangan semula bagi Subjek Sains dengan kod 018 (SK), 028 (SJKC), 038 (SJKT) dan Bahasa Inggeris dengan kod 014/1 dan 014/2 setelah soalan tersebut didapati bocor. Untuk info, peperiksan ulangan Kertas Bahasa Inggeris kod 014/1 dan 014/2 hanya untuk Sekolah Kebangsaan sahaja dan tiada ulangan bagi SJKC dan SJKT. 

Ini kerana kertas Bahasa Inggeris bagi Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) tidak bocor. Oleh itu, peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 (Sekolah Kebangsaan) adalah pada 30 September 2014 serentak dengan kertas Science kod 018 (SK), 028 (SJKC) dan 038 (SJKT).


Jadual UPSR 2014 Peperiksaan Ulangan 30 September 2014 (Selasa)

Sains: Kertas subjek Sains kod 018 (SK), 028 (SJKC), 038 (SJKT)

Bahasa Inggeris: kod subjek 014/1 dan 014/2 Bagi Sekolah Kebangsaan sahaja. Sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) tidak terlibat dalam peperiksaan ulangan subjek Bahasa Inggeris kerana soalan tidak bocor.

0 Response to "Jadual UPSR 2014 Ulangan Sains Dan BI 30 September 2014"

Post a Comment