Hot !

Berita Terkini Produk Dnars Ada Hidrokinon Racun Bahaya

Berita terkini isu produk kosmetik Dnars ada mengandungi racun Hidrokinon kimia yang berbahaya. Menerusi makluman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 10 September 2014, dua produk Dnars yang telah disahkan mengandungi bahan racun terlarang adalah “Dnars Yellow Cream” dan ” Dnars Magic Gold Foundation”. 

Memetik kenyataan akhbar KKM, penggunaan bahan racun Hidrokinon atau Hydroquinone dalam kosmetik sememangnya mampu mencerahkan kulit namun penggunaan jangka masa panjang boleh menyebabkan kanser kulit disamping mengurangkan perlindungan kulit daripada cahaya UV matahari. Oleh itu, pihak KKM telah mengarahkan Syarikat Pengeluar untuk menarik balik dua produk berkenaan serta menghentikan penjualan di Malaysia berkuatkuasa serta merta.


Senarai Dua Produk Dnars Ada Hidrokinon Racun Bahaya

1. Dnars Yellow Cream (Krim Ku-Neng)


2. Dnars Magic Gold Foundation



Kenyataan Rasmi KKM Isu Produk Dnars Mengandungi Hidrokinon




Related Posts :

0 Response to "Berita Terkini Produk Dnars Ada Hidrokinon Racun Bahaya"

Post a Comment