Johor Bahru: “Saya seronok kerana boleh bertutur dalam empat bahasa utama kerana saya sendiri adalah anak hasil perkahwinan Cina dan India,” kata Nur Adilah Nuha Abdullah, 40.
Menurut Nuha, antara kelebihan anak hasil perkahwinan campur adalah seseorang itu boleh mempelajari pelbagai budaya termasuk bahasa sekali gus nilai tambah dalam diri untuk berjaya dalam hidup.
Katanya, meskipun lahir dalam sebuah keluarga kahwin campur, dia tidak berasa kekok malah berbangga kerana ia bukti keharmonian pelbagai kaum yang hidup bersama dalam negara bertuah ini.
“Malah saya dan adik lelaki turut memilih perkahwinan campur kerana jodoh kami adalah dengan orang Melayu. Perkahwinan campur bukanlah perkara asing kerana secara tradisi ia diamalkan sejak zaman nenek moyang saya yang juga kaum peranakan Baba dan Nyonya dari Melaka.

“Dalam sejarah sendiri tercatit masyarakat Baba atau peranakan berbeza kerana kebudayaan mereka yang berasal daripada warisan tradisi Cina dan mempunyai unsur pengaruh kebudayaan Melayu. HM
0 Response to "Seronok Dan Bangga Dapat Bertutur Empat Bahasa"
Post a Comment