Hot !

Sahabat Baik Lelaki Ini Diberhentikan Kerja, Bercerai, Hilang Anak Dan Duit. 14 Tahun Kemudian Hidupnya Berubah 360 Darjah

Kisah ini diceritakan oleh seorang pengguna Facebook, Abdul Rahim Abdul Aziz, seorang Remisier dan Broker Future/Derivative di TA Securities Holdings Berhad.


Beliau mempunyai seorang sahabat baik, RJ, yang hilang pekerjaannya sebagai seorang Pengurus Senior di Bank Bumipturera pada 1994, rumahtangga runtuh pada 1995, hilang hak penjagaan terhadap anak-anak, hilang duit akibat ditelan oleh dunia saham, dan hilang kawan-kawan. Rakan beliau telah hilang segala-galanya. Setelah beberapa lama mereka tidak berhubung, sehinggalah raya pada tahun ini, Abdul Rahim mendapati hidup rakannya sudah berubah 360 darjah.



Ini kisah beliau:


inilah sahabatku RJ…


1994 kau telah hilang career engkau sbg one of senior mgt di Bank Bumiputera…1995 rumahtangga kau runtuh…kau hilang hak penjagaan keatas 3 orang puteri2 kau…1995 juga duit kau lesap ‘ditelan’ stock mkt…aku hanya ‘terbakar’ kat mkt RM 298,000…tapi kau telah hilang segala2nya !…career…keluarga…duit…kawan2…mungkin aku yg masih tinggal sbg sahabat engkau …but since 2000…kita lost contact…


until last saturday (16 ogos) semasa Coaching TAVA di shah alam..kau cari aku selepas 14 thn…x masuk di akal aku engkau masih ‘survive’…


sudah 4 thn kau di doha, qatar…balik raya..jenguk2 puteri2 kesayangan engkau…dua sudah berumahtangga…heee…heee…engkau dah ada 3 cucu…esok (17 ogos) engkau akan balik semula kesana…disana career engkau sbg IT consultant di qatar oil…RM500,000 tax free income p.a.


aku bertanya pd dia…apakah rahsia engkau masih ‘hidup’…apakah ‘turning point’ engkau…


aku x menyangka rupa2nya kata2 hikmat ‘bodoh’ aku dulu merupakan ‘turning point’ yg ‘membakar’ jiwa engkau sehingga engkau boleh bangun semula…


aku pernah berkata pd nya dulu….’ lan…orang boleh ambil isteri kita..anak kita…duit kita boleh lesap…kawan2 boleh hilang…segala2nya Tuhan boleh ambil dari kita…TAPI…x de sape boleh ambil no i/c ( kad pengenalan ) kita !..satu orang….satu no. i/c !….’ maksudnya…our life…our ‘soul’…nobody can take it from us !….satu2 nya yg kita ada yg kita kena ‘sayang’…


engkau bercadang nak balik malaysia…nasihat aku…baik engkau pencen disana !..hujan emas dinegeri orang…hujan batu di negeri sendiri…baik hujan emas di negeri orang !…better engkau jgn balik !


moral of the story….mcm atuk cakap dulu…JANGAN SEKALI- KALI kita write- off & memandang rendah pd org lain !..esok ..lusa…tiada siapa yg tahu…aku bangga dgn engkau lan RJ….


__________________
Tahniah di atas kecekalan hati dan kejayaan yang ditempa!

0 Response to "Sahabat Baik Lelaki Ini Diberhentikan Kerja, Bercerai, Hilang Anak Dan Duit. 14 Tahun Kemudian Hidupnya Berubah 360 Darjah"

Post a Comment