
Khabarnya, Nabila Huda sebenarnya sudah berbaik dengan ayahnya, Amy Search kerana mahu menamatkan zaman jandanya. Betul ke?
Apa tidaknya, selepas beberapa tahun solo dan rumahtangga yang tidak menjadi, akhirnya beliau bakal bergelar isteri sekali lagi.
Khabarnya, Nabila sudah pun
memohon restu dan perbincangan sudah dilakukan bersama ayahnya, Amy Search di
Johor Bahru.
Ramai pihak mengatakan
jejaka itu merupakan pengurus sebuah restoran di ibu negara biarpun identitinya
dirahsiakan.
Namun, selagi Nabila Huda
sendiri tidak tampil memberikan kenyataan secara rasmi, kita tidak bolehlah
sahkan apa-apa.
Kita tunggu dan lihat saja.
Jika benar, tahniah kami ucapkan. Sejuk hati kami melihat hubungan Nabila dan
Amy sudah beransur pulih. Air dicincang memang tidak akan
putus.

0 Response to "Nabila Huda Berbaik Dengan Amy Search Kerana Bakal Berkahwin?"
Post a Comment