Selebriti remaja Eina Azman, 19, akhirnya mendedahkan dirinya bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka Sikh pada penghujung tahun ini.

Menerusi laporan sebuah akhbar, Eina mendedahkan sikap bertanggungjawab, matang dan suka menasihati oleh Datuk Paduka Gurmet Singh, 35, telah berjaya menarik perhatiannya untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius.
"Awal perkenalan kami biasa-biasa saja dan ia bukanlah cinta pandang pertama. Perasaan sayang dan cinta hadir secara perlahan-lahan kerana Gurmet lelaki bertanggungjawab, matang dan suka menasihati saya.
"Situasi yang amat berbeza apabila saya berkawan dengan orang muda yang banyak berangan-angan. Kedua-dua belah keluarga juga merestui hubungan kami," katanya.
Dalam pada itu, Eina juga menyatakan perbezaan agama dan jurang usia yang besar bukanlah menjadi halangan kerana ibunya turut membantu teman lelakinya memahami ajaran Islam.
sumber
http://mediahiburan.karangkraf.com/terkini/eina-azman-bakal-nikah-jejaka-sikh-hujung-tahun-ini-1.304827
0 Response to "Eina Azman Bakal Nikahi Jejaka Singh Hujung Tahun Ini"
Post a Comment