Hot !

Terkam kekasih lepas mandi








Gambar hiasan
Petaling Jaya: Seorang wanita warga Indonesia dipercayai menggunakan kesempatan membunuh kekasihnya dengan menikam dada lelaki itu yang baru selesai mandi di rumah sewa mereka di Petaling Utama di sini, awal pagi semalam.

Mayat mangsa, warga India berusia lingkungan 40-an, ditemui berlumuran darah selepas ditikam menggunakan pisau dalam kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham itu.

Sepasukan polis bagaimanapun berjaya menahan suspek berusia 35 tahun yang mengemas barang dipercayai mahu melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya bergegas ke lokasi itu selepas menerima panggilan kecemasan memaklumkan berlaku pertengkaran pada jam 4.30 pagi.







DUA anggota polis mengangkat keluar mayat mangsa yang ditikam kekasih warga Indonesia di rumah sewa mereka.
“Hasil pemeriksaan mendapati seorang wanita asing berada di dalam rumah itu dalam keadaan tergesa-gesa dan suspek kemudian membawa anggota polis ke sebuah bilik tidur yang membawa kepada penemuan mayat mangsa.


“Suspek yang mengaku sebagai kekasih mangsa dipercayai menikam lelaki itu selepas berlaku pergaduhan,” katanya.









0 Response to "Terkam kekasih lepas mandi"

Post a Comment