Hot !

Suami kantoi berzina dengan perempuan simpanan setelah isteri hidu seluar dalam




Seorang lelaki Taiwan dan perempuan simpanan beliau telah dihukum masing-masing dua dan tiga bulan di penjara, selepas isterinya menghidu seluar dalam yang dipakainya, lapor Apple Daily.

Isterinyta yang dikenali sebagai Wang, mendapati bahawa suaminya, Li, mengadakan hubungan seks dengan perempuan simpanan di dalam kereta pada September 2012 yang lalu. Li terkantoi setelah isterinya berbau sesuatu yang mencurigakan pada seluar dalamnya (Laporan itu menyifatkannya sebagai "hanyir") ketika melakukan dobi di rumah mereka di daerah Neihu di Taipei. Pasangan itu telah berkahwin lebih daripada 10 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan bersama-sama.


Wang dilaporkan telah menggunakan perakam audio yang dipasang di dalam kereta beliau, dan mampu memainkan kembali bunyi erangan dan perbualan seperti "Saya mendapat sakit pinggang!" dan "Di manakah seluar saya?". Dia menggunakan rakaman untuk menyaman suaminya dan perempuan simpanan itu atas dakwaan berzina.

Mahkamah pada mulanya menolak bukti 'bunyian' rengekan seks antara suami dan perempuan simpanannya. Namun setelah bukti-bukti lain dikemukakan seperti perbualan intim dan bunyi tempat duduk yang meragukan, mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah kepada pasangan tersebut

Lelaki dan perempuan simpanannya itu dijatuhi hukuman penjara 3 bulan dan 2 bulan masing-masing.

Sumber: Shanghaiist









0 Response to "Suami kantoi berzina dengan perempuan simpanan setelah isteri hidu seluar dalam"

Post a Comment