Hot !

RRU Perumahan Johor, peringatan tersirat Dr M



Tanpa menimbulkan isu tersebut secara langsung, Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya tidak bersetuju dengan enakmen baru di Johor yang boleh mengaburkan garis pemisah kuasa antara eksekutif dan istana.

Bekas perdana menteri itu juga mengingatkan bahawa sebarang
perubahan yang drastik boleh memburukkan lagi perasaan tidak selesa rakyat terhadap kerabat.

"Sudah ada perasaan tidak menghormati kerabat. Ini boleh membawa kepada lain-lain bentuk tidak hormat," kata beliau dalam blognya.

Katanya, walaupun secara umumnya orang Melayu menjunjung institusi beraja, tetapi apabila keupayaan mereka untuk pertahankan telah terhakis, mereka mungkin mengenepikan adat mereka.

Mahathir berkata perlembagaan persekutuan memperuntukkan untuk raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

"Sejak kebelakangan ini terdapat kecenderungan untuk mengabaikan perlembagaan dan mengubahnya dengan cara yang lain," katanya.

Mahathir menjelaskan bahawa perlembagaan boleh diubah tetapi ada prosedur untuk berbuat demikian.

"Tiada siapa yang boleh mengubahnya sendiri. Negeri-negeri tidak boleh mengubahnya, begitu juga dengan raja-raja, tanpa kelulusan Parlimen persekutuan dan kerajaan persekutuan," katanya.

Bekas perdana menteri itu mengingatkan jika perlembagaan diabaikan, orang lain juga akan berbuat demikian.

"Perlembagaan adalah undang-undang asas negara. Apabila duluan diwujudkan, maka ia akan menjadi asas untuk perubahan yang lain," katanya.

Malaysiakini









Related Posts :

0 Response to "RRU Perumahan Johor, peringatan tersirat Dr M"

Post a Comment