Hot !

Melan cap dalam perpustakaan



Seorang hakim menjatuhkan hukuman ke atas seorang lelaki di Kanada yang didapati bersalah melakukan onani di dalam sebuah perpustakaan awam – sambil memegang sebiji timun.

Tertuduh Fredrick Tennyson Davis, 49, (Gambar) melakukan kegiatan seks melampau itu di Perpustakaan Agincourt di Toronto pada 31 Mei lepas.

Perbuatan kotor itu berjaya dikesan oleh kakitangan perpustakaan itu.

Kakitangan perpustakaan sebenarnya telah mengecam seorang lelaki melakukan perkara sama yang dilakukan pada April lepas di tempat yang sama.


Konstabel David Hopkinson dari Perkhidmatan Polis Toronto mendedahkan bahawa pada 7 April, tertuduh duduk di sebelah seorang wanita berusia 26 tahun dan menghidupkan komputer ribanya.

“Kemudian dia mula melakukan onani dengan sebelah lagi tangannya memegang timun,” kata Hopkins kepada Sun News Network.

Davis dituduh melakukan perbuatan sama dengan dua tuduhan gagal mematuhi tempoh percubaan. Dia turut pernah dituduh sebelum ini pada Jun 2012 di perpustakaan berbeza.

Hakim memerintahkan dia menjalani tempoh percubaan berkelakuan baik selama 12 bulan. – MYNEWSHUB.MY









0 Response to "Melan cap dalam perpustakaan"

Post a Comment