Hot !

Kes skandal Adi Putra dan Nooraida dibuka semula susulan penyiasat kantoi bersubahat?




Masuk hari ini, dah lapan bulan kisah kontroversi Adi Putra yang dikatakan menjalin hubungan skandal dengan isteri orang bernama Nooraida Abdul Mutalib diketahui umum.

Isu yang mula hangat sekitar bulan September tahun lalu kemudiannya mula sunyi dan semakin jarang diperkatakan apabila Adi sendiri bersikap acuh tak acuh dengan tindakan pihak Nooraida yang tetap mahu membuktikan pelakon itu bersalah.

Kalau masih ingat, pada 12 Disember lalu, Adi telah mengumumkan isu skandal dan penyebaran foto sensualnya sebagai No Further Action (NFA) atau bermaksud tiada tindakan selanjutnya daripada pihak polis.

Namun sehari selepas itu Nooraida dan bekas suaminya, Amiruddin Othman yang mana ketika itu mereka masih berkahwin telah membuat laporan tatatertib di Bukit Aman kerana meragui sikap profesional pegawai yang menyiasat kes berkenaan.

Dan selepas enam bulan laporan tersebut dibuat, semalam Amiruddin telah memuat naik sekeping foto di Instagram menunjukkan keratan surat rasmi dari Bukit Aman. Dari apa difahamkan, pegawai polis yang dikatakan bersubahat itu telah dikenakan tindakan tatatertib.

Ini bermaksud peguam yang mewakili Nooraida dan bekas suaminya dalam menentang Adi akan memohon untuk membuka semula siasatan.

Entah apa pula keputusan mahkamah selepas ini. Semoga semua masalah akan kembali pulih secepat mungkin. – Ohbulan









0 Response to "Kes skandal Adi Putra dan Nooraida dibuka semula susulan penyiasat kantoi bersubahat?"

Post a Comment