Hot !

Keghairah Seorang Warga Emas Leka Berurut Terbantut








Keghairah Seorang Warga Emas Leka Berurut Terbantut | Seorang lelaki warga emas yang sedang leka menerima layanan manja seorang gadis Vietnam terbantut selepas diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen Teluk Intan di Taman Persiaran Melor, Teluk Intan kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

Warga emas berusia 60 tahun itu tergesa-gesa bangun dan menutup bahagian tubuhnya dengan selimut sebaik sahaja menyedari serbuan berkenaan.

Ketua Jabatan Imigresen Teluk lntan, Khairul Anuar Sulaiman menyatakan Ops 6P dan Ops Sayang yang dilancarkan kira-kira jam 6.30 petang dan berakhir jam 10.





30 malam kelmarin itu membabitkan 15 anggota penguat kuasa dari Ipoh dan Hilir Perak.


“Seramai sembilan wanita asing membabitkan seorang warga Vietnam, Thailand dan tujuh warga China berusia antara 33 hingga 46 tahun dicekup di pusat refleksologi di Persiaran Taman Melor kerana tiada dokumen perjalanan sah.

“Dalam pada itu, kita turun menahan dua lelaki tempatan di lokasi serbuan bagi membantu siasatan,” katanya.

0 Response to "Keghairah Seorang Warga Emas Leka Berurut Terbantut"

Post a Comment