Hot !

Gelatin Babi: Dr Asri setuju dengan Qardawi



Kuala Lumpur – Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidn menyifatkan isu DNA babi dalam coklat Cadburry yang menjadi polemik barru-baru adalah merupakan satu isu kecil dan tidak perlu diperbesarkan.

Asri ketika dihubungi wartawan Suara TV sebentar tadi berkata ilmuwan Islam berbeza pandangan berhubung perkara ini ada yang mengatakan ianya haram dan ada mengatakan ia halal dimakan.

“Asal sesuatu makanan itu halal sehingga terbukti haram. Demikian apa-apa makanan yang dikatakan kononnya haram tapi tidak terbukti maka kekal atas hukum asalnya iaitu halal.

“Sebagai contoh ada ilmuwan Islam mengatakan baja yang mengandungi unsur babi dan digunakan untuk menyuburkan tanaman tidak di anggap sebagai haram kerana telah berubah sifat daripada binatang tersebut” katanya.

Menurutnya lagi DNA khinzir yang terdapat dalam makanan itu terdapat para ulama yang mengharuskannya atas asas proses istihalah. Ini pendapat yang dipegang oleh kebanyakan fatwa di Eropah, Dr Yusuf al-Qaradawi dan lain-lain.

“Ada dua pandangan berhubung isu ini dan ia tidak begitu besar malah tiada kesepetakatan daripada sarjana Islam mengenainya.

“DNA dari segi Islam adalah halal maka dari segi umumia juga dianggap halal.

“Selagi ianya halal, maka (DNA babi di dalam coklat) dianggap halal” ujarnya lagi. – www.suara.tv









Related Posts :

0 Response to "Gelatin Babi: Dr Asri setuju dengan Qardawi"

Post a Comment