Hot !

Engku Emran dilamun cinta, diserang peminat dalam Instagram


Wow! Kecoh juga apabila bekas suami Erra Fazira, Engku Emran mendapat perhatian. Daripada apa yang dilihat EE sedang dilamun cinta. Adakah benar? Hanya EE sahaja yang ada jawapannya.


Banyak komen yang positif tidak kurang juga yang negatif. Walhal EE belum pun mewar-warkan apa yang sepatutnya. Nampak gayanya komen dari peminat ada yang agak pedas. Sebagai contoh Anis Safwan mempertikaikan gambar yang diletakkan oleh EE di Instagram. Anis seolah-olah mengetahui kisah disebaliknya. Namun seperti yang dikatakan oleh EE, jangan buat andaian.

Ada juga di antara mereka yang mengatakan cepat benar EE mendapat pengganti. Selain dari itu, komen yang lain memberi komen yang positif dan merestui siapa sahaja pilihan EE. Waimanya pun, baik EE mahupun Erra mereka sudah tidak bersama. Seperti mana yang pernah dikatakan oleh Erra, si comel Aleeysa yang mengeratkan mereka. Tetapi hanya untuk anak bukan untuk mereka bersatu semula.

Mungkin ramai yang mahukan keduanya kembali sebagai pasangan suami isteri tetapi kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Hanya mengharapkan keduanya tabah dalam menghadapi dugaan terutaman pendapat masyarakat sekeliling.

Jika salah seorang daripada mereka mendapat pengganti, kita harapkan ia berpanjangan. Kehidupan harus diteruskan dan kita doakan supaya mereka bahagia daripada mengutuk ataupun komen yang sebenarnya kita pun tidak tahu kesahihannya.









0 Response to "Engku Emran dilamun cinta, diserang peminat dalam Instagram"

Post a Comment