Hot !

Bekas cameraman TV3 maut dilanggar



KUANTAN - Bekas jurukamera sambilan TV3 di Temerloh, Mohammad Hasrul Hamdan, 24, maut selepas motosikal yang ditunggang dilanggar sebuah kereta di Kilometer 120, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan dekat Kampung Paya Pulai di Temerloh semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Anuwar Osman berkata, mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, mangsa dilanggar semasa keluar dari simpang Taman Paya Pulai.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai cuai semasa keluar simpang di situ sebelum dilanggar kereta terbabit.

"Akibatnya, motosikal mangsa telah menggelongsor sehingga ke bawah jejantas yang terletak kira-kira 38 meter dari simpang itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Tambahnya, ketika kejadian itu berlaku, keadaan cuaca adalah baik dan jalan kering serta gelap kerana tiada lampu jalan di kawasan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama









0 Response to "Bekas cameraman TV3 maut dilanggar"

Post a Comment