Hot !

Zizan Razak Bakal Ikat Kontrak Bernilai RM2 Juta


Bertuah badan jika benar seperti apa yang dilaporkan Harian Metro hari ini. Zizan kini bergerak sendiri tanpa pengurus peribadinya, Marina Juki kerana konflik dalaman dan Zizan Razak khabarnya bakal diuruskan oleh pihak Astro.



Zizan Razak Bakal Ikat Kontrak Bernilai RM2 Juta, hiburan, gossip, artis,



Ada khabar mengatakan yang Astro berminat untuk mengikat Zizan Razak di bawah pengurusan mereka selama setahun dengan kontrak bernilai RM2 juta.




 




“Apa yang saya boleh cakap, nak kata dilamar itu tidak ada lagi tetapi memang saya ada dengar dengar juga. Saya masih lagi menunggu dan tak dengar apa-apa daripada pihak Astro sendiri. Saya masih tunggu,” jelas Zizan Razak.






Kalau benar nilai yang dikhabarkan itu, memang sesuai dengan status Zizan Razak yang memang diminati ramai ketika ini selain kerap menjadi jurucakap dan duta untuk jenama besar besar. Tahniah didahulukan ya Zizan!



Sumber : rotikaya.com

sumber

0 Response to "Zizan Razak Bakal Ikat Kontrak Bernilai RM2 Juta"

Post a Comment