Setelah 8 tahun beroperasi di LCCT, Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) secara rasminya ditutup mulai 9 Mei 2014.
Penutupan LCCT ini selaras dengan pembukaan terminat baru KLIA2 pada 2 Mei yang lalu memandangkan LCCT tidak mampu lagi menampung jumlah penumpang yang mencecah 22 juta orang pada tahun lalu berbanding kapasitinya sebanyak 15 juta penumpang setahun.
AirAsia memulakan operasinya semalam di KLIA2 dengan pendaratan pesawat pertamanya dari Ho Chi Minh, Vietnam pada jam 3.50 petang.
Kos pembinaan RM4 bilion, terminal KLIA2 mampu mengendalikan 45 juta penumpang setahun dengan AirAsia dijangka menyumbangkan 80% daripada trafik KLIA2.
KLIA2 terletak 1.5 kilometer dari KLIA pertama berbanding 11 kilometer jarak antara terminal utama dan LCCT. Selepas penutupan LCCT, terminal itu akan dijadikan Terminal Kargo Udara.
Malam terakhir di LCCT dilalui dengan perasaan yang sedih kerana terminal ini banyak berjasa
0 Response to "SETELAH 8 TAHUN BEROPERASI, LCCT AKHIRNYA DITUTUP"
Post a Comment