Hot !

Resepi Pencuci Mulut Paling Mudah Sekali Di Dunia

Sejak kebelakangan ini, aku telah membentuk satu minat baru iaitu menonton rancangan masakan. Channel yang aku selalu tengok adalah 727 di Astro, Food Network Asia. Ok fine, mula-mula aku sekadar main-main tukar channel sebab terlalu bosan lepastu terberhenti dekat channel 727 kerana ternampak seorang makcik hangat sedang memasak. Aku macam tak keruan sedikit bila dia pegang timun sambil pandang kamera dan cakap 'You like that?'. Mula-mula tengok gaya dia macam scene permulaan porno, tetapi apabila tengok dia masak Lemony Shrimp Scampi with Orzo and Arugula, terus naik nafsu makan aku. Sejak hari itu channel 727 menjadi channel kegemaran aku dengan rancangan-rancangan masakan yang dihoskan oleh chef selebriti seperti Guy, Bobby Flay dan Chef Zubir.





Oleh kerana selalu tengok rancangan masakan, sedikit demi sedikit terbit minat untuk memasak di dalam diri. Maka hari ini aku ingin menunjuk skil memasak aku kepada kalian sehingga kalian berasa kagum dan meninggalkan komen untuk aku membuat rancangan masakan sendiri. Aku tahu bukan semua orang yang sedang membaca entri ini berminat untuk memasak dan mungkin skil memasak kalian masih belum mumaiyiz, so aku nak ajar satu resipi pencuci mulut yang paling mudah, adik anda yang baru 2 tahun setengah pun boleh buat. Ayuh teruskan membaca.



RAMUAN:



1 sudu teh Olive Oil
3 sudu teh Nutella
1 sudu kopi susu pekat manis
2 biji telur binatang. Saya gunakan telur ayam dan itik, tetapi anda bebas untuk menggunakan telur binatang lain, halal ataupun tidak.
Anggur tanpa biji yang dibeli di Mydin. Mesti beli kat Mydin kalau kat tempat lain tak jadi nanti.



CARA-CARA MASAK:

Ambil olive oil, Nutella, susu pekat manis, dan 2 biji telur tadi dan simpan mereka kembali di dalam almari. Kita tidak akan menggunakan mereka saya saja je menyusahkan anda untuk menyediakan bahan-bahan tersebut, di samping menjadi elemen komedi di dalam entri ini. Apa yang anda perlukan hanyalah anggur yang dibeli di Mydin tadi. Masukkan anggur tersebut ke dalam freezer sebelum tidur dan biarkan semalaman. Esok pagi setelah bangun solat Subuh, buka freezer dan anda boleh nikmati anggur tersebut yang kini telah menjadi 'sorbet'. Power bukan?






Jangan main-main Jamie Oliver yang ajar aku resipi ni. Tak payah susah-susah bazir duit beli sorbet kat Petronas bila kau boleh buat sendiri di rumah. Masa kau gigit anggur tu, mula-mula rasa keras dan sejuk, tetapi apabila gigi kapak dah menerjah isi anggur, kelembutan dan kemanisan anggur mula mengambil alih. Dessert ini sesuai untuk dimakan selepas makan nasi campur. Since sekarang ni kangkung tengah trending, boleh juga kau ganti anggur dengan kangkung untuk buat sorbet yang sihat.

Ok sekian sahaja rancangan masakan bersama Ijaicool jumpa lagi dalam episod yang akan datang. By the way kalian layan tak channel 727 tu? Aku suka tengok Diner, Drive Ins and Dives sebab dia tunjuk comfort food orang Amerika yang bisa menaikkan paras kolestrol tetapi nampak lazat nak arwah. Ahh bertakung dah ayaq liuq ni melihat kelazatannya.
 
 



Sumber: Ijaicool 

 

0 Response to "Resepi Pencuci Mulut Paling Mudah Sekali Di Dunia"

Post a Comment